Hi, Welcome to my blog, enjoy reading.
RSS

Monday, November 2, 2009

AMALAN PENGUAT JIWA DAH TERBUKA HIJAB ILMU

Banyak di kalangan umat Islam kita terlupa bahawa Allah swt sentiasa memberikan sesuatu kepada kita tanpa disedari. Kita perlu berusaha mencapai apa yang Allah kurniakan kepada kita melalui cara-cara yang diajar oleh alim ulamak dan juga oleh para wali-wali serta ahli tasauwuf.Banyak amalan jika terokai dalam masyarakat kita melalui orang tua-tua dan juga masyarakat lain amnya. Salah satu amalan yang dapat saya ketengahkan , yang mana didapati secara mengadap guru tertentu untuk tujuan amalan dan kebaikan diri. Amalan tersebut saya namakan "ALFATIHAH 9".MAKSUDnya alfatihah ini dibaca sebanyak sembilan kali. Waktunya sama ada selepas Isyak atau amalan tetap sebelum tidur.

AL-FATIHAH PERTAMA : dihadiahkan kepada Rasulullah saw.
AL-FATIHAH KEDUA : dihadiahkan kepada keluarga rasulullah saw
AL-FATIHAH KETIGA : dihadiahkan sepada sahabat-sahabat baginda saw
AL-FATIHAH KEEMPAT : dihadiahkan kepada segala rasul2 dan nabi2.
AL-FATIHAH KELIMA : dihadiahkan kepada segala wali dan alim ulamak,solehah.
AL-FATIHAH KEENAM : dihadiahkan kepada segala malaikat as.
AL-FATIHAH KETUJUH : dihadiahkan kepada ibu bapa dan kaum keluarga kita
AL-FATIHAH KELAPAN : dihadiahkan kepada guru kita yang zahir dan yang batin.
ALFATIHAH KESEMBILAN: dihadiahkan kepada diri kita yang zahir dan yang batin(ruh)

Amala secara tetap dan berterusan. Insya Allah akan terbuka segala pintu kefahaman
dan ilmu Allah swt.Tambahan , sebaik-baiknya berbanyakkan amalan zikir pada setiap malam semoga Allah memberkati dan membuka hati kita kepada Ilmunya.

No comments: